Assalamualaikum semua
Hari ni ana nak kongsikan sedikit tentang tips-tips hijrah diri..
Sama-sama kita amalkan ye: )
Pertama:: niat kerana Allah
----------------------------------
Lakukan sesuatu kerana Allah
Pakai tudung kerana Allah
Pakai niqab kerana Allah
Melakukan perbuatan baik kerana Allah
Tinggalkan perkara mungkar dan maksiat juga kerana Allah.
Pakai niqab kerana Allah
Melakukan perbuatan baik kerana Allah
Tinggalkan perkara mungkar dan maksiat juga kerana Allah.
Jangan buat sesuatu kebaikan kerana manusia kerana itu SYIRIK KECIL
Jangan tinggalkan sesuatu keburukan kerana manusia kerana itu RIAK.
Jangan tinggalkan sesuatu keburukan kerana manusia kerana itu RIAK.
Kedua:: letakkan target
-----------------------------
Jangan malu untuk tuliskan azam dan impian anda. Apa yang kita lakukan, walau in seremeh-remeh perkara..
Antaranya boleh lah tulis..solat awal waktu, solat berjemaah, sedekah dan bnyak amalan sunnah..
Kemudian, tampal di tempat yang mudah dilihat..tepi cermin utama, bilik tidur atau di pintu fridge..kalau ada housemate atau roomate, minta kerjasama diaorang untuk sentiasa ingatkan anda ye..
Ketiga:: cari suasana dan rakan yang baik
--------------------------------------------------
--------------------------------------------------
Mana caranya? Mudah saja..lazimkan diri anda untuk sentiasa berada di majlis-majlis ilmu..solat berjemaah di masjid atau surau..insyaAllah aura positif akan sentiasa melekat pada diri anda..
Secara tak langsung anda akan bersahabat dengan mereka yang sama azam dan impiannya seperti anda, iaitu ingib berhijrah kepada lebih baik..
Jangan risau..sebab ramai sebenarnya kat luar sana nak berubah..tapi takut kehilangan kawan..
Ini janji Allah..sesiapa yang ingun berubah, Allah akan datangkan kepada mereka sahabat dan teman-teman yang baik..
Keempat:: bersabar dengan cemuhan
----------------------------------------------
----------------------------------------------
Ini adalah antara dugaan Allah pada hambanya yang berubah..
Jangan takut, bukan Allah tak sayang..tapi ini adalah tanda Allah semakin sayang dengan kita..
Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(HR AlBukhari)
Oleh itu bersabarlah: ) sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
Kelima:: berdoa kepada Allah
------------------------------------
------------------------------------
Ya! Doa itu senjata orang yang beriman..
Berdoalah pada sang Pencipta hati supaya ditetapkan hati untuk beriman kepadanya..
Berdoalah supaya terus beristiqamah melakukan kebaikan..
Berdoalah supaya diberikan kesabaran yang berpanjangan untuk menghadapi dugaan yang mendatang.
Berdoalah dan jangan sombong..
Alhamdulillah selesai perkongsian, semoga memberi manfaat kepada semua pembaca ye..
Bila niat kita baik, insyaAllah ,Allah permudahkan: )
Salam sayang
Ana Zahira
0 comments:
Post a Comment