Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Rasulullah juga bersabda: “ Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.” (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus)
Kedua-dua hadis di atas menjelaskan bahawa pada diri manusia terdapat tiga kekuatan jiwa: kekuatan amarah, kekuatan syahwat dan kekuatan akal. Kebaikan jiwa seorang muslim sangat ditentukan oleh kebaikan tiga kekuatan ini
Rasulullah amat menyuruh kit mengawal nafsu amarah... malam ni ana nak share sikit tips untuk kawal amarah cara Nabi SAW
1. renung semula ayat-ayat Quran dan hadith-hadith Nabi SAW tentang keutamaan menahan marah, bersifat sabar dan memaafkan orang lain adalah sifat peribadi orang-orang yang beriman.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa menahan marah sedangkan ia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya pada hari Kiamat di depan semua makhlukNya dan menawarkan kepadanya bidadari syurga yang ia sukai.” (HR Ahmad)
Rasulullah juga bersabda:
“Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.” (HR Abu Dawud)
2. Mengingati kekuasaan Allah swt kekuasaan Allah lebih besar daripada kemarahan kita pada orang lain.
3. Tahu bahawa tahan marah dan memaafkan itu bukan bererti kita lemah sebaliknya perbuatan itu merupakan satu kemuliaan dan kekuatan baik di sisi Allah dan juga manusia yang berakal.
4. Ingat akibat buruk bila kita marah Memperingatkan diri akibat buruk permusuhan, dendam dan komplot jahat orang yang dimarahinya melakukan pembalasan dendam.
Jika seseorang tidak terpengaruh dengan balasan buruk di akhirat, maka ia perlu membayangkan bahawa bahaya di dunia akan dialaminya akibat melepaskan perasaan marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam kerana amarah ni bisikan syaitan
“Aku mengetahui satu kalimat yang seandainya orang ini mengucapkannya nescaya amarahnya akan hilang. Jika ia mengucapkan, “A’uzudzu billahi minasy-syaithaanir-rajii m.” (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ubah posisi badan
Nabi S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang kamu marah, sedangkan ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika dengan duduk marahnya belum reda, maka hendaklah berbaring.”
Pentingnya mengubah posisi badan kerana dalam keadaan berdiri seseorang itu lebih bersiap untuk melepaskan marahnya dan lebih mudah untuk melakukan tindakan pembalasan. Berbeza dengan posisi duduk dan berbaring yang relatih lebih jauh untuk melakukan semua itu.
Oleh kerana itu Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya orang yang berbaring lebih baik daripada orang yang duduk. Orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari.” (HR Muslim).
Bila seseorang marah, berusahalah untuk tetap diam dan tidak berkata-kata. Ini adalah kerana apabila seseorang berkata-kata ketika sedang marah, maka hal itu akan lebih mempengaruhi emosinya dan emosi orang yang menjadi lawannya. Di samping itu ia boleh menimbulkan penyesalan ketika emosinya telah reda.
Rasul S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)
8. Berwudhuk
Marah akan menaikkan suhu badan, sehingga darah ‘mendidih’ dan emosi memuncak. Maka dengan berwudhuk, air akan mampu menyejukkannya dan mengembalikannya kepada keadaan normal.
Dalam sebuah khutbah, Rasulullah bersabda:
“Ketahuilah bahawa marah adalah bara yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.” (HR Ahmad)
Di samping itu oleh kerana marah datangnya dari syaitan dan syaitan diperbuat daripada api, maka airlah yang boleh memadamkannya.
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).
======================================================================
alhamdulillah, sedikit sebnayak perkongsian dari ana :) hari ni ana pun terlebih marah....astagfirullah sampai terhempas handphone ni..ALLAHU...
LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan.
Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.
ana Zahira
Jutawan_Si_Cantik
0 comments:
Post a Comment