Wednesday, July 16, 2014

seperti selalu..10 malam terakhir akan menjadi rebutan bagi setiap umat islam..termasuk juga aku..

Alhamdulillah kali ni di beri peluang untuk berikhtikaf di masjid berdekatan..subhanaAllah hanya Allah sahaja yan mengetahu perasaan hati ni..

pagi tadi, usai tahajud berjemaah, sementara menanti masuk waktu subuh, saya sempat berborak dengan seorang makcik.

cik hamidah namanya, pesara paramedik kerajaan. macam-macam juga yang kami borakkan. keakraban kami ni sampai orang kata saya ni anaknya..

sampailah pesannya yang menusuk ke kalbu..

 "orang muda sekarang dah kena mula kejarkan akhirat. masuk ke majlis ilmu, kena banyak mengaji agama, belajar Quran dan juga ilmu hadith.... gunakan masa muda sebaiknya untuk mendalami ilmu agama ni..



JANGAN tunggu macam makcik. dah tua gini baru nak ke surau belajar dan mengaji agama.

UNTUNG Allah panjang umur lagi, kalau nak tunggu PENCEN baru nak buat semua tu dan itu pun kalau SEMPAT........

sebab MAUT tak mengenal USIA..ramai je cik tengok remaja seusia kamu dah dijemput ilahi..anak -anak kecil ang baru beberapa hari menjenguk dunia sudah kembali bertemu sang PenciptaNya.."




Allah...! dan baru je semalam malam, saya dihidangkan dengan peringatan tentang MINUMAN ahli neraka Jahannam! makin gerun bila saya ingatkan.

Allahu..ampunkan dosa ku..ambillah nyawaku di saat engkau redha akanku dan aku redha dengan ketentuanMu..

hmmm , satu- satu saya imbau kembali..terpapar di surat khabar, media massa, televisyen dan juga radio mengenai kejadian akhir zaman ini

kisah kehilangan MH370
konflik di Gaza
pengeboman pesawat MH17 ... 
maksiat yang semakin berleluasa
matinya Alim Ulama
semakin banyak bencana alam



dunia sudah semakin tenat
kiamat semakin dekat

#setiapyangBERNYAWApastikanmerasaiMATI
#ingatanbuatDIRI

semoga kita sempat bertaubat!
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment