Petang nak share petua CHANTEQ ala-ala orang kampung. Almaklumlah saya ni orang kampung jerrr..hehe
petua inimasih saya amalkan hingga kini..cuma yang advancednya sekarang saya ada add on supplemen atau makanan tambahan untuk lagi sihat dan cantik
hahah saya nak tanya ni...!
Siapa yang tidak mahu cantik secara semulajadi dan tidak perlu make up yang tebal untuk nampak menarik dan tertarik angkat tangan!!!
anda tahu...? yang semua itu boleh dimiliki tanpa perlu pembedahan kosmetik dan membeli produk yang tak munasabah dan tak diketahui keberkesanannya. Buat rugi duit jer kalau tak menjadi, yop dop??. Mari kita cuba amalkan petua orang lama.
Antara petua orang-orang lama untuk cantik secara semulajadi.
1. Ambil air embun pagi kemudian selawat 3 kali dan sapukan ke muka dari bawah ke atas.
2. Gunakan pucuk jambu muka sebagai scrub muka. Ambil pucuk muda,gosokkan pada tangan bertujuan untuk menghancurkan kemudian sapu pada muka dan leher. Biarkan beberapa minit setelah itu basuh dengan air sejuk. Boleh buat ketika mandi.
3. Gunakan putih telur sebagai masker dan untuk buang white head dan black head.Caranya,asingkan putih telur dan kuning telur kemudian titiskan limau nipis. Gunakan kapas muka yang berbentuk empat segi ataupun tisu. Celupkan pada telur tadi kemudian tampalkan pada hidung dan sekitar hidung. Nak tampal satu muka pun boleh . Tunggu sehingga kering dan kemudian tarik kapas atau tisu tadi perlahan-lahan, anda akan nampak white head dan black head melekat padanya. Basuh muka macam biasa. Amalkan seminggu sekali atau bila perlu.
4. Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun pagi. Air amat penting untuk tubuh badan kita, dengan minum air sebaik bangun akan memudahkan kita membuang segala toksin didalam badan.
5. Yang paling best dan mudah, air wuduk mampu membuat wajah disinari nur. Dengan kata lain rajin-rajin la sembahyang.
6. Gunakan uncang teh, bagi peminat air teh uncangnya masih boleh digunakan. Ambil uncang yang telah digunakan tadi, perah sedikit supaya tidak terlalu berair kemudian tekap pada jerawat. Selepas 10 minit basuh muka. Amalkan sebelum tidur insya allah jerawat akan kecut.
7. Bersambung....hheheheh
Nak tahu lanjut? Nanti saya sambung.. — reading Beauty and Well Being.
petua ini dibawakan untuk anda dari saya
Ana Zahira
Jutawan Si Cantik
0 comments:
Post a Comment