Wednesday, October 29, 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

alhamdulillah ana dah selesai masak..heheh masak ikan caru bakar je..pastu cecah ngan cili dan bawang potong halus letak kicappp....

masyaAllah...sedapnya hingga bertambah-tambah nasi..heheh

ok jum ana sambung, sambungan petua cantik ala-ala orang kampung part 1 <-- bole click sini ye

======================================================================

7. Untuk mendapatkan kulit cerah dan licin, ambil sebiji limau nipis kemudian belah dua. Gosokkan pada muka semasa mandi, nak gosok satu badan pun boleh. Amalkan seminggu 2 kali insya allah kulit akan cerah dan licin.



8. Bagi menghilangkan parut jerawat boleh cuba amalkan petua ini. Ambil sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Pakai macam bedak sejuk biasa, setelah kering basuh macam biasa. Ada satu lagi petua untuk hilangkan jerawat, gunakan air kelapa. Sapukan ke wajah dan tunggu sehingga kering kemudian basuh.



9. Untuk menegangkan kulit muka boleh gunakan timun. Caranya, sagat sebiji timun kemudian campurkan tepung ubi kayu serta sedikit air. Gaulkan sehingga sebati. Bila bancuhan sudah likat seperti masker sapukan pada wajah dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali.



10. Bagi kulit berkedut, boleh amalkan insya allah ada kesannya. Ambil sebatang lobak merah kemudian parut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati apabila sudah likat seperti masker, sapu pada muka dan dibiarkan kering. Amalkan 3 kali seminggu. Kunyit juga dapat mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perahkan untuk dapatkan airnya. Minum air kunyit setiap pagi, amalkan secara berselang seli.



11. Untuk melebatkan bulu kening atau bulu mata, ambi; daun lidah buaya dan dibelah bagi mengambil lendirnya. Kemudian lendir tersebut disapu pada bulu kening atau bulu mata.

12. Bagi melebatkan rambut pula, sama juga guna daun lidah buaya dan dibelah bagi mendapatkan lendirnya. Basahkan rambut dengan air suam kemudian sapu lendir pada rambut dan picit kulit kepala supaya khasiat lidah buaya meresap ke akar rambut. Biar selama 15 minit sebelum dibilas.




13. Segarkan muka dengan masker epal. Selalu guna timun sekarang kita guna epal pula. Ambil sebiji epal dikupas kulitnya kemudian direbus sehingga lembut. Kemudian lecekkan epal tersebut dengan garfu dan dibiarkan sejuk sedikit. Setelah itu tambahkan 5 sudu teh madu dan dikacau sehingga sebati. Sapukan pada muka sebatian tadi dan dibiarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air biasa.



InsyaAllah ini adalah ikhtiar orang-orang yang terdahulu untuk jaga keterampilan diri tanpa guna sebarang bahan kimia.. Semua kutip kat pokok je, amik teluq bawah umah, panjat pokok amik madu dan macam2 la..heheh

Alhamdulillah sekarang ni zaman kita semuadah dimudahkan. Semua semudah ABC..

boleh google terus jumpa produk yang telahpun siap untuk dipakai..selalunya gabungan ekstrak-ekstrak semulajadi..pape pun anda semua kena pandai pilih tau..

jangan sebab ramai yang guna dan kesan postifnya terlalu singkat, anda terpengaruh...cek label KKM dan badan pharmacy..supaya tiada campuran bahan kimia berbahaya yang boleh beri kesan negatif pada anda..

sebab itu saya pilih Shaklee Supplemen, semua produknya terdiri dari sumber semulajadi, selamat dan berkesan. Alhamdulillah produk ni dah bertahan selama lebih 50 tahun..hampir berjuta kajian dijalankan ke atas produk dan kos peneylidikan dan kajian hampir berbillion dollar!

huhu that's why i choose Shaklee

be careful with your produk..jangan sebab nak cantik tapi jadi hodoh pula!!!

nauzubillahi min zalik!!!

Selamat mencuba

Ana Zahira
Jutawan Si Cantik 

0 comments:

Post a Comment